Kelas Membuat Surat Rasmi
20 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 19 Oktober 2019, Pusat Internet Engkilili telah mengadakan Kelas membuat surat rasmi. Seramai 7 orang pelajar sekolah yang menghadiri kelas ini. Kelas ini telah diadakan di bilik latihan Pusat Internet Engkilili.
Pada awal kelas, peserta telah diajar mengenai format surat rasmi mengikut standard yang betul dan juga cara membuat kepala surat. Peserta juga diajar menggunakan beberapa fungsi yang ada pada Microsoft Office Word bagi memahirkan mereka membuat surat rasmi. Kemudian, peserta diminta membuat latihan dengan menaip surat rasmi dengan pantas bagi menguji tahap kemahiran mereka. Kelas ini berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 1.00 petang dan berakhir pada puku 3.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: